Featured Post Today
print this page
Latest Post

coming soon with suprises!

#AJL27: Tuah Yang Terukir Di Bintang... Yuna, Aizat Menang RM35,000


LAGU 'Terukir Di Bintang' menidakkan kekuatan 11 lagu lain tatkala berjaya mengunguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Menerusi kemenangan lagu ciptaan dan lirik oleh penyanyi Yuna itu, Aizat selaku penyanyi gantian mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.

Naib juara pula dimenangi lagu 'Idola' dendangan Azlan & The Typewriter. Lagu taruhan komposer Audry Mok dan lirik nukilan Azlan sendiri itu membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Tempat ketiga, dimenangi lagu 'Ku Akui' nyanyian Hafiz dan ciptaan serta lirik oleh komposer berpengalaman, Ajai. Sekaligus memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.

Lagu tersebut juga membawa tuah kepada Hafiz apabila memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta trofi. Ini merupakan kejayaan kali ketiga Hafiz menjuarai kategori tersebut untuk dua tahun berturut-turut.

Manakala bagi kategori Persembahan Terbaik, buat pertama kalinya penonton diberikan diberi kepercayaan menjadi juri bagi menentukan pemenang menerusi undian SMS. Penyanyi Black& RJ berjaya mencuri perhatian penonton dengan 'persembahan berpusing-pusing' mereka sekaligus memenangi kategori tersebut menerusi lagu 'Teman Pengganti' dan meraih wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Turut dirai pemenang anugerah Juara Mobil Celcom, lagu 'Ombak Rindu' ciptaan Nor Zaidi Rahman.

Barisan pemenang AJL27
Barisan pemenang AJL27

Lagu lain yang turut memberikan saingan hebat ialah 'Pelangi Senja' (Stacy/ lagu nukilan pasangan suami isteri Taja & Tun Teja), 'Anak Kampung' (One Nation Emcees/Jimmy Palikat), 'Ombak Rindu' (Hafiz & Adira/Zaidi), 'Tanpamu (Amir Jahari), 'Lagu' (Bedroom Sanctuary/Bo Amir Iqram), 'Simetri' (Hazama & Amy Search/Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan) 'Andaiku Bercinta Lagi' (Mojo/Edry Abdul Halim) dan 'Patah Seribu' (Shila Amzah).

Persembahan 12 finalis AJL27 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu pemuzik Acis, Edry Hashim, Ramli Sarip, penyanyi Hetty Kos Endang, penulis lirik Habsah Hassan, penyanyi Yassin, komposer Aubrey Suwito, komposer Ed Samad, komposer Azmeer selaku ketua juri.

Seperti tahun sebelum ini, penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak70 peratus yang diadili terlebih awal manakala 30 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Bertemakan 'Ekspresi Seni', AJL27 sekali lagi menggandingkan pasangan pengacara hebat, Faizal Ismail dan Cheryl Samad sebagai nadi penggerak acara berprestij ini.

Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL27 turut digegarkan lagi dengan persembahan pembukaan oleh tiga penghibur yang pernah melakar sejarah tersendiri di pentas AJL sebelum ini iaitu Misha Omar menerusi lagu 'Bunga-bunga Cinta', Ziana Zain mendendangkan 'Fatalistik' dan Faizal Tahir bersama Royal FT Force menghangatkan suasana dengan 'Anti Graviti'.

Persembahan penutup pula mengajak penonton mengimbau zaman kegemilangan "Rock Kapak" yang cukup gah pada tahun 80-an menerusi segmen interlude. Seluruh arena terpukau dengan persembahan cukup bertenaga Rahmat Mega diiringi Rodi,gitaris dari Kumpulan Kristal membawakan lagu popularnya, 'Bayangan Gurauan'. Sementara Aris Ariwatan mengamatkan suasana dengan lagu keramatnya, 'Lamunan Terhenti' bersama AG Coco.

Gelombang muzik rock tempatan dihangatkan lagi dengan petikan gitar solo Edrie Hashim (Projek Pistol) menerusi lagiu 'Seribu Takkan Mungkin' yang didendangkan oleh Joey (BPR) disusuli kemunculan papa Rock, Ramli Sarip mengimbau kembali nostalgia lagu 'Kamelia' bersama gitaris terkemuka, Man Kidal. -mD

Yuna Pilih Jejaka AS Sebagai Kekasih

PENYANYI bertaraf antarabangsa, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai kini dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka dari Amerika Syarikat bernama Jules Schratter.

Menurut laporan dari sebuah akhbar tempatan, jejaka tersebut difahamkan merupakan jurugambar peribadi Yuna di AS.

Hubungan antara Yuna dan Jules ini dikatakan bukan lagi rahsia apabila Jules sendiri sering meluahkan perasaannya terhadap Yuna menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di Instagramnya Throughjules.

Bukan itu saja, malah Jules turut memuat naik gambar-gambarnya ketika mengunjungi kampung halaman Yuna baru-baru ini.

Sebelum ini Yuna pernah menjalin hubungan cinta dengan pengacara Qi, namun disebabkan faktor jarak jauh hubungan mereka terkandas di tengah jalan.

[Video] Bekas Anggota Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri


SEORANG bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.



Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.

Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.

"Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.

Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes. SH

"Ampunkan Saya, Mak!" - Fazurina


PELAKON drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina Mohd Famir hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sebelum ibunya itu ditarik ahli keluarganya yang lain meninggalkan sidang media dibuat pelakon berusia 30 tahun itu di Bayan Baru di sini, bagi menjelaskan kontroversi perkahwinannya, semalam.

Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, hadir pada sidang media itu bersama abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya yang lain, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22. Bagaimanapun, mereka hanya berdiri berhampiran kumpulan media dan hanya mendengar sidang media tanpa berkata apa-apa.

baca berita lanjut DI SINI (KLIK)

.

'Perang Twitter' Antara Zed Zaidi & Julia Perez


RENTETAN perang mulut di Twitter antara Presiden Seniman, Zed Zaidi dan pelakon kontroversi Indonesia, Julia Perez, berhubung penglibatan aktres tersebut dalam sebuah produksi tempatan mengundang padah apabila Zed Zaidi mengesahkan Julia bekerja atau 'shooting' tanpa permit yang sah.

Zed yang dipetik menerusi status akaun Twitternya memberitahu;

"SAH JULIA PEREZ masuk ke MALAYSIA shooting TANPA PERMIT!!!"

Justeru, Zed Zaidi meminta pihak berwajib seperti imegresen dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyiasat kes tersebut.

Dalam satu lagi status, Zed menyebut pihak FINAS akan menjalankan siasatan dan serbuan di lokasi penggambaran filem 'Sumpahan Malam Pertama' arahan Murali Abdullah yang terletak di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Tunggakan Rumah - DBKL Usir Yahya Sulung

LEPAS satu masalah, timbul pula satu lagi masalah lain!

Demikianlah penderitaan yang dialami oleh pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit berikutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal mengusirnya dari kediaman di flat Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.


Akibat tunggakan yang berjumlah RM800 sejak lapan bulan lalu itu, dia dan isteri, Datin Alisah Ali, 65, telah diminta mengosongkan rumah mereka. Menurut Alisah, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana perbelanjaan yang terhad tambah-tambah dia kini menghidap kanser paru-paru..

"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya kepada media semalam.

Tambah Alisah, kebiasaannya sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini ia dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal sejumlah RM400 sebulan. Selain wang itu, dia juga mempunyai wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu juga berjumlah RM400.

Namun disebabkan mereka berdua mengalami keuzuran, sebilangan besar wang yang diperoleh itu terpaksa digunakan untuk rawatan hospital termasuk perbelanjaan harian rumah.


“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” ujarnya yang malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai.

Bagaimanapun, sebaik mengetahui masalah tersebut, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan rumah Yahya. Katanya, meskipun masalah tersebut tidak dimaklumkan sendiri oleh pelakon veteran itu kepada Seniman, namun beliau akan tetap berusaha membantu mereka. -myartis

"Perceraian Ini Satu Kesilapan..." - Datuk Aziz Sattar


PELAKON veteran, Datuk Aziz Sattar, 87, bakal menikahi kembali bekas isterinya, Hashimah Delan, 54, selepas pasangan ini dilaporkan bercerai pada 3 Mac lalu.

“Insya-Allah, kami akan nikah semula dalam masa seminggu dua ini. Bukan sengaja mahu menangguhkan perkara yang baik, cuma kebetulan saya sibuk menjalani penggambaran dan juga dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat," ujarnya yang dipetik dari portal berita BH Online.

Sebelum ini, Aziz seakan mengelak apabila ditanya mengenai berita perpisahan mereka, selain memberikan kenyataan yang seakan menafikan cerita terbabit.

“Saya tak mahu apabila terlalu bercerita soal perceraian, ada orang yang akan mengambil kesempatan. Maksud saya, ada pihak lain nanti yang akan cuba memecah-belahkan lagi hubungan kami dengan cara menghasut.

“Terus terang saya akui perceraian ini adalah satu kesilapan. Pada masa itu, fikiran dan perasaan saya tidak tenang kerana berlaku perselisihan faham kecil antara kami. Lagipun pada masa itu saya penat dan baru pulang dari Kuantan, Pahang, pada sebelah tengah hari. Apabila berlaku perselisihan faham, tiba-tiba terkeluar lafaz cerai," ujarnya mengharapkan yang terbaik menerusi peluang kedua yang diberikan itu.

Sharifah Zarina Pilih Apek??


BUAT peminat Khairul Fahmi Che Mat yang lebih dikenali sebagai Apek, mesti anda tertanya-tanya apa maksud di sebalik tajuk artikel ini.

Hah! Rasanya ramai yang sedia maklum klip video "Memandang Awan", lagu dendangan Sharifah Zarina, menampilkan Apek sebagai heronya.

"Saya memilih Khairul Fahmi dan juga Sharifah Aleya sebagai teraju utama klip video ini kerana saya rasakan mereka berdua mempunyai 'chemistry' dan cukup 'sporting'," ujar Sharifah Zarina ketika ditemui semasa Majlis Pelancaran Buku Panduan Jalan-Jalan Cari Makan bersama Maria Tunku Sabri baru-baru ini.

"Sebenarnya Sharifah Shahira yang mencadangkan kepada saya untuk mengambil Apek dijadikan pelakon dalam video klip saya. Pertama kali berjumpa dengannya saya sangat terkejut kerana dia mempunyai bakat berlakon dan cukup merendah diri. Dia juga seorang yang peramah dan saya senang bekerja dengan dia."

Suki (OIAM) Bakal Berkahwin 12.12.12


SEPERTI yang telah dijangka, tarikh 12 Disember 2012 pasti menjadi pilihan ramai pasangan di luar sana untuk mengakhiri musim percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan. Tidak ketinggalan, juara One In A Million musim pertama Suki Low yang baru sahaja mengumumkan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Jeremy Chong, seorang ahli perniagaan dan eksekutif muzik yang berasal dari Pulau Pinang.

Majlis perkahwinan serta resepsi pasangan ini akan berlangsung di Pulau Pinang di mana pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis malam malam bertempat di atas kapal SuperStar Libra, Star Cruises. Difahamkan majlis resepsi ini ditaja sepenuhnya oleh Star Cruises. Selain itu, jenama barangan kemas, Poh Kong turut menaja perhiasan yang akan digayakan oleh Suki pada hari perkahwinannya itu. Perkahwinan itu bakal disaksikan oleh para tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat handai terdekat kedua mempelai.

Dalam satu kenyataan media, Suki memberitahu yang dia sangat gembira dan bersyukur kerana hari yang dinanti-nantikan akan tiba tak lama lagi.

“Saya rasa sangat bertuah kerana telah menemui cinta sejati dan saya bagaikan tidak percaya kami akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang bakal diingati selamanya. Saya harap semua peminat dan rakan-rakan saya akan terus mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kami berdua,” ujar Suki.





 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. OSEMMM!! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger